Sunday 11 December 2011

Revamp Linux : Distro Ciptaan Anak Malaysia!

Sebelum ini mereka bertapak pada blogger.com. Setelah berpindah ke alamat baru, RevampLinux.com, dan bertapak pula pada Wordpress, ia semakin kemas dan menarik. Pautan untuk muat turun RevampLinux versi 12 atau kod namanya, K-jora dah ada pada site tersebut.


Versi 11.2 boleh dikatakan bagus, penuh dengan ciri-ciri yang mampu menarik perhatian pengguna baru Linux, seperti Dock, Wallpaper Changer, Menu seakan Windows, kesan visual dan pelbagai lagi. Meskipun begitu, bagi pendapat Mr.Hac, ia masih belum dapat memberikan impresi yang hebat kepada pengguna lama Linux, kerana tweaking seperti memasang dock, mengubah menu, memasang pengubah wallpaper dan sebagainya boleh dilakukan sendiri.

TETAPI, ini adalah pendapat f33rkh4n mengenai rilisan versi 11.2. Tak sabar betul rasanya nak mencuba versi 12, K-jora kerana
f33rkh4n dapat melihat paparan Pantheon Shell dekstop environment pada video intro di laman rasminya. Apa itu Pantheon Shell? Itu nanti kemudian kita akan bincangkan. Tambahan lagi. dengarnya versi ini mempunyai lebih banyak tweaking, ubahsuaian dan juga kesan visual yang disokong penuh. 

Berikut adalah paparan skrin dari RevampLinux K-jora:



No comments:

Post a Comment